Wednesday, June 23, 2010

travelog R2J4 !

Bismillahirrahmanirrahim..~

Alhamdulillah 19 JUN yg lalu telah dilancarkan buku travelog R2J4 yang mana di dalamnya mengandungi kisah-kisah menarik yang penuh pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi bersama..
Untuk makluman, separuh daripada hasil penjualan buku akan disalurkan ke DANA PALESTIN dan separuh lagi akan disalurkan ke DANA HIDAYAH

~sedikit sinopsis~

Ini bukan buku masakan, tidak juga kisah cinta terlarang antara
Adam dan Hawa tapi sebuah cerita yang jauh lebih indah.

45 orang remaja belasan tahun menjejakkan kaki ke tanah
Jawa dengan satu harapan yang sama,untuk belajar dari sebuah
kehidupan. Kata orang, jauh perjalanan luas pengetahuan. Betul
rupanya! Kalaulah kita sedia membuka mata hati, kita bakal
melihat sesuatu yang sangat bermakna di sebalik seribu satu
aturan Ilahi.

"Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan semua ini dengan sia-sia.
Maha suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka". (3:191)

Kehidupan ini bermakna sekiranya ia tumbuh dari
pengetahuan. Maka, kita dipesan agar terus belajar dan belajar
hingga mampu merungkai hikmah yang tersembunyi.

Musafir ini dihiasi pelbagai warna; kepayahan dan
kegembiraan, gelak tawa dan tangisan juga pertemuan dan
perpisahan. 21 hari menjadi tetamu di negara jiran, pelbagai kisah
ingin kami kongsikan bersama. Pernah dengar tentang Nasi Uduk?
Inilah makanan yang kami nikmati di Indonesia! Nasi Lemak? Mesti
anda semua tahu, masakan tempatan kita.

Soroti langkah-langkah kami dalam buku ini, Nasi Lemak
Nasi Uduk, Sebuah catatan kembara dari Johor ke Jawa.




sebuah buku harganya cuma RM10 sahaja!
sesiapa yg berminat, bagitau ya..~

Jom membeli sambil beramal!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails