Alhamdulillah, akhirnya semalam pagi berkesempatan juga untuk menjalani ujian JPJ memandu. Sebenarnya agak lewat, kawan2 semua majoriti dah ada lesen.. dek kerana kesibukan yang dihadapi dengan pelbagai urusan dan tanggungjawab yang lebih awla..tapi, tak pe..
Pagi tu, patutnya ada transport pukul 8 sebab ujian mula pukul 8.30.. ana pun tunggu dari pukul 7.30pg, tak datang2..musykil lalu pukul 8.15 ana call pusat memandu tu, dia kata transport dah hon banyak kali tak de orang jawab..mm..maka bersabar itulah yang terbaik..ana pun call ayah ana untuk hantarkan. Sampai pusat memandu je, kebetulan nama ana baru je disebut untuk giliran nombor, dapat giliran ke 9. Tak lama lepas tu, pegawai panggil untuk mula ujian 'bukit n parking'. berdebar juga ya tapi Alhamdulillah berjalan baik. Lepas tu, tunggu pula giliran untuk ujian jalanraya. Masya'allah! tunggu tak macam lama, sampai ana sempat habiskan satu buku R2J4;"Nasi Lemak Nasi Uduk"(buku ni serius best! jom beli n baca! RM10 je..~)..
Sampai giliran ana, masuklah kereta, bagi salam, senyum dan berjabat tangan. Lepas buat 5 perkara, keluar ke laluan A..separuh jalan je jpj kata dh bleh balik pusat memandu..trkejut 2.5saat, kandas ke? 4.25saat lepas tu, pegawai jpj tu kata "awak dh ok, dh bleh bawak"..lega..Alhamdulillah lulus..jom driving!
Firman Allah:
" Berdoalah kepadaKu nescaya akan Ku perkenankan permohonanmu.."
sekian,wassalam..~
"Al-Islamu ya'lu wala yu'la 'alaih"
[ ISLAM ITU TINGGI TIADA YANG LEBIH TINGGI ]
No comments:
Post a Comment