Thursday, December 31, 2009

akhirnya, jumpa pun pembersih vakuum!

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, akhirnya diberi kudrat untuk menekan abjad-abjad di keyboard komputer bagi meneruskan sedikit perkongsian ilmu yang tergendala dek sibuk dengan jihad SPM yang baru berakhir.. Sebenarnya diri ini merasakan bahawa tamatnya SPM bukan bererti kita sudah bebas, kerana sebenarnya di bahu kita semua ada tugas agung, iaitu menyampaikan risalah deen sehingga seluruh umat di dunia ini hidup berpaksikan syahadatain..



Diri ini cukup tersentak bila diingatkan oleh naqib sehari sebelum tamatnya SPM, di mana beliau memetik surah an-nasr yang bermaksud:



Apabila telah datang pertolongan Allah dan pembukaan (kemenangan) <1>

Dan kamu melihat manusia masuk ke dalam Islam secara berbondong-bondong <2>

Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah kemapunan <3>

Sesungguhnya Allah itu Maha Menerima Taubat <4>



Ayat ini mengingatkan kepada para sahabat dalam fathul makkah agar jangan terlalu bergembira setelah diberikan kemenangan oleh Allah(kerana hakikatnya manusia apabila memperoleh kemenangan, mereka akan jadi lupa diri) tetapi bertasbihlah dan mohonlah keampunan Allah. Ini para sahabat yang mendapat tarbiyyah langsung dari Rasulullah pun diingatkan oleh Allah, apalagi diri kita kan?

Sunday, October 11, 2009

SPM menghampiriku..

Bismillahirrahmanirrahim...
detik-detik SPM semakin hampir..
Moga Allah berikan kekuatan dan datangkan pertolongan untuk mengharunginya..
Adakah diriku sudah bersedia??
Itu bukan persoalannya, yang penting!
USAHA+USAHA+USAHA+DOA & TAWAKKAL!

Kerana kejayaan itu hanyalah milik Allah, kita hanya berusaha..
Dalam mengecapi sesuatu kejayaan, pastikan agar kebergantungan kepada Rabb itu yang diutamakan kerana sehebat manapun kita, kalau Allah tak izinkan kita berjaya, maka kita tidak akan berjaya..

Oleh itu, berimanlah dengan firman Allah:
" Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah pada Allah.."
(Al-Imran:159)
Doakan diriku 13A+.. AMEEN

Dalam kerisauan menghadapi peperiksaan, muhasabah diri dengan ungkapan ini..
"ramai manusia risau dengan persediaan peperiksaan.. tapi berapa ramai risau dengan persediaan untuk menghadapi mati??"
Sama-samalah kita berdoa agar segala yang kita lakukan mendapat redhaNya dan tergolong dalam golongan yang mendapat naungan Allah di hari kemudian..

"Sesungguhnya menuntut ilmu itu satu ibadah dan satu daripada cabang jihad.. jika ianya dilakukan ikhlas kerana Allah.."
Jadi, ayuhlah kita rebut kelebihan ini..

+ mohon maaf kepada semua andai ada salah dan silap +
"Al-islamu ya'lu wala yu'la alaih"
~WASSALAM~
(blog direhatkan untuk fokus SPM..^_^)

Tuesday, September 22, 2009

Ilalliqa' Ramadan! Ahlan SYAWAL!

Assalamualaikum pembaca sekalian... Alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk kemaskini blog setelah lama ditinggalkan.. mungkin kerana sibuk dengan percubaan SPM ditambah lagi dengan bulan Ramadan yang dikenali sebagai pesta ibadah.. Apapun, alhamdulillah dah habis trial SPM.. bleh tahan jugak, huh!! Keputusannya... tawakkal sahajalah sebab dah berusaha kan?.. moga Allah berikan apa yang terbaik buat diri ini..

Eh! terasa sekejap
sahaja Ramadan dah habis.. Moga tarbiyyah Ramadan menjadikan qalbu kita suci dan menyuntik semangat baru untuk terus menerus istiqamah dalam amalan dan menjadi mukmin yang bermanfaat pada orang lain.. Selamat bercuti selama 11 bulan RAMADAN! *mudah-mudahan menjadi rezeki kita untuk bertemu tetamu agung ini semula..

Kini, 4 Syawal 1430H.. alhamdulillah, dapat sambut aidilfitri bersama keluarga besar di kampung untuk m
engeratkan lagi silaturrahim dan mempersatukan hati.. seperti tajuk khutbah raya di kampung ana, Bagan, Batu Pahat yang bertajuk "AIDILFITRI MEMPERKUKUH KESATUAN UMMAH".. Moga syawal pada kali ini dapat mencapai natijah yang sepatutnya.. Akhirnya, rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan..
EID MUBARAK! to all friends, teachers and all muslims around the world.. May Allah give tranquility in our life and place us among his pious servants.. Ameen..

pesanan: Janganlah kerana Syawal mensia-siakan usaha kita mentarbiyyah nafsu selama
sebulan Ramadan.. Selamat meneruskan perjuangan di 11 bulan mendatang
dalam jihad besar (melawan hawa nafsu..)


~WASSALAM~
* Dalam beramal, lawanlah nafsu dan ikutlah shoutul qalbu(suara hati) mu yang menginginkan kebaikan..
"Perbaikilah dirimu dan serulah orang lain"

Saturday, August 22, 2009

Ramadan kita dan mereka??

[RAMADAN KINI & RAMADAN ZAMAN RASULULLAH]

munsyid: The Zikr


Ramadhan...

Satu nasib tak serupa

peluangnya sama

natijah berbeza


Ramadhan mereka...gemilang cemerlang

Mukmin berjasa di awal zaman

Ramadhan kami...malam terbuang

Muslim berdosa di akhir zaman


Mereka gembira kerana kedatanganmu

Kami gembira dengan pemergianmu

malam mereka meriah disimbah nur Al-Qur'an

Tapi malam kami muram berkabung dengkur


Mereka berlumba mengejar makrifat

Tapi kami lesu diburu nafsu

Hati mereka bercahaya digilap taqwa

Jiwa kami gelap didera dosa


Takbir mereka takbir kemenangan

Hadiah mujahadah sebulan ramadhan

Takbir kami lesu tak bermaya

Tanda kalah lemah tak berdaya

Puasa sekadar lapar dan dahaga

............



Detik Ramadan kembali...

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum semua pembaca..

Bertemu kembali.. dengan ramadan..
Aku rasakan bahagia menyelubungi..
Di ramadan rahmatmu ku rasa..
ku banyakkan beribadah..
ku tahu pengampunanmu melangit tinggi..


Semalam..ketika jam tanganku tepat jam 7.14mlm,
Azan berkumandang..
Tiba-tiba terasa satu ketenangan dan kedamaian meresap ke dalam diri..
Ku pun membuat sujud syukur,
Ya Allah, betapa bersyukurnya aku,
Alhamdulillah kau pertemukanku kembali dengan Ramadan..
Penghulu segala bulan,
Bulan rahmat,
bulan maghfirah,
bulan barokah..
Ku harap Ramadan kali ini jadi sangat bermakna buat diriku,
buat semua pelajar Sek.Men.Islam Hidayah,
Juga buat semua muslimin..
Ku harap agar Ramadan ini menjadi titik tolak untuk berubah..
mengikis segala karat-karat jahiliah dalam diriku,
Memberatkan timbangan kebaikanku untuk mengecapi syurgaMu yg kekal abadi,
Mohon maaf kepada semua andai selama ini tersalah bicara..

kerana sabda nabi s.a.w:
"Binasalah sesiapa yang berpeluang memasuki ramadan, dosanya masih belum diampunkan.."
(Janganlah kita tergolong dalam golongan ini..)
------------------------------------------------------------------------------------------
video
Lihat(nilah yang nak tunjuk kat pljr2 asrama hari tu..), inilah wasiat syaitan yang tidak putus-putus menggoda kita sehingga ke minit terakhir.. mereka nak kita buat keburukan sebab lumrahnya manusia=kebaikan=beriman.. Alhamdulillah, sekarang ni syaitan-syaitan dibelenggu.. Jadi! Ayuh, sempena Ramadan ini, Kita maksimakan potensi untuk tingkatkan dan lipatgandakan amalan..kita didik nafsu kita.. Moga-moga di akhir Ramadan nanti kita jadi lebih bertaqwa.. ^_^
video
*Rancanglah ramadan anda pada kali ini..
"Perbaikilah dirimu dan serulah orang lain"

"Nun di sana, cahaya Islam memancar..
dan pasti kembali menyinari segenap alam,
menyerap ke dalam setiap insan.."

RAMADAN KAREEM !
^_^

Sunday, August 16, 2009

Ayuh, Pasang Niat!

Assalamualaikum..

RAMADAN 5 HARI LAGI!!!
Jom pasang niat.. siapkan diri, moga ramadan kali ini mampu menjadikan kita lebih bertaqwa!
Firman Allah:
" Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kalian berpuasa sepertimana yang diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa"
(Al-Baqarah,2:183)

video
*tunggu habis loading dulu baru tengok..

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN MUBARAK!

Thursday, August 6, 2009

Kafirin merancang, Kita macamana?

Assalamualaikum.. untuk post kali ini mari kita sama-sama lihat salah satu perancangan kafirin bagi menjatuhkan Islam.. Moga mendapat iktibar. Mungkin pernah dengar cerita ni sebelum ni.. tapi takpe, dengar lagi sebagai peringatan.. JOM!

Pembuat film “Fitna” Geert Wilders, kenal x? merencanakan akan segera membuat “Fitna” edisi dua. Sama dengan filem pertamanya, filem keduanya ini merupakan usahanya dalam melawan dan memfitnah Islam.

Wilder yang merupakan anggota parlimen Belanda ini mengatakan bahwa filemnya kali ini akan menjadikan Israel sebagai pusat setting dan cerita. Ia mengatakannya kepada Haaretz, harian terbesar di Israel.

Seperti diketahui, Wilders sebelumnya telah membuat filem “Fitna” yang panjangnya 14 minit dan dilihat oleh jutaan orang di seluruh dunia. Isi filem itu berisi hujatan fitnah terhadap Islam dan Wilders sendiri kemudian dikecam dan dikutuk oleh dunia antarabangsa. Dia dilarang untuk masuk ke Inggeris, dan ia dikatakan “Ancaman paling fundamental dalam masyarakat.”

Wilders dikenal sebagai orang yang anti-imigran dan ia sudah mengerjakan “Fitna” edisi II sejak April dulu. Ia mengatakan bahwa dalam filem berikutnya akan menggambarkan Islamisasi di Barat.

“Demonstrasi melawan Israel bukan hanya sekadar territorial, dan dari sini, Israel adalah satu-satunya negara yang melawan Islam di Barat. Sekarang yang sedang dilawan adalah Israel, tapi mungkin kita lah yang berikutnya. Eropa harus berdiri mendukung Israel.” tegasnya.

Wilders rajin kempenkan Islamofobia di seluruh Eropa dan ia buta terhadap kekejaman Israel terhadap Palestina
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Jadi, apa tindakan kita? Adakah wajar kita duduk diam? Adakah kita wajar jumpa dan bunuh dia? Kalau bunuh, ada je orang lain yang boleh gantikan dia..
Wahai pembaca sekalian..
Musuh-musuh Islam rancak membuat perancangan bagi menjatuhkan Islam..
Satu-persatu mereka rencanakan..
Mereka nak pastikan kita lemah dan seterusnya hancur..
Tapi kita?
Apa yang kita buat?
Adakah kita nak biarkan begitu sahaja?
Pastinya tidak, kan?
Bersempena Ramadan yang hampir tiba..
Ayuh, kita bangkit dan bersiap siaga,
'Perbaikilah dirimu dan serulah orang lain'
Siapkan diri kita dengan iman dan taqwa di hati..
Letakkan matlamat perubahan yang kita inginkan daripada Ramadan kali ini..
Kita hayati dan amalkan segala ajaran Islam..
Kita jadikan Ramadan kali ini yang terbaik!

"Saat cahaya Islam kembali menyinari dunia ini pasti akan tiba!
Itu yang diriku optimis, yakin dan percaya!"

Yuk, kita berusaha ke arahnya!
Moga kita terus istiqamah di atas 'siratal mustaqim'

* "Kebenaran yang terancang pasti akan mampu mengalahkan kebatilan yang juga terancang"
(Saidina Umar Al-Khattab)

Sunday, August 2, 2009

Ramadan dah dekat, jom bersiap!

Assalamualaikum..
sekarang ni dah 11 Sya'ban.. x lama lg bulan yang kita nantikan bakal menjelma...
Jadi, macamana persediaan sekarang?? Rohani, fizikal dan mental...
Insya'Allah sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma, ada sikit perkongsian buat pembaca sekalian, mudah-mudahan buletin ini memberi manfaat dan 'ibrah buat kita semua..
Harap dapat..
1. Copy buletin ni
2. Baca
3. Sebarkan ke rakan2 lain, tidak kira dengan 'softcopy' atau 'hardcopy'(dicetak)..

Semoga dengan sedikit perkongsian ini membantu kita semua siapkan diri untuk hadapi Ramadhan yang bakal tiba dan menjadikan Ramadhan kali ini yang terbaik dalam sejarah hidup kita serta mampu memberikan impak positif kepada hidup kita di masa mendatang.. Ameen.

WASSALAM
~Islam pasti kembali bersinar suatu hari nanti.. Ayuh siapkan diri dan orak langkah perjuangan..~
Yakinlah.. "ISLAM ITU TINGGI, TIADA YANG LEBIH TINGGI"

Saturday, August 1, 2009

Perjuangan belum selesai!

(selamat berjuang untuk kita)

Kalau engkau melihat org sibuk dengan dunia,
maka sibukkanlah dirimu dengan soal akhirat.

Kalau engkau melihat org sibuk memperindahkan
zahirnya, maka sibukkanlah dirimu dengan
memperindahkan batinmu.

Kalau engkau melihat org sibuk memakmurkan
kebun-kebun, maka sibukkanlah dirimu dengan
memakmurkan kubur.

Kalau engkau melihat org sibuk mengabdikan diri
kepada sesamanya, maka sibukkanlah dirimu
dalam mengabdikan diri kepada Rabbul Alamin.

Kalau engkau melihat org sibuk memperkatakan
keburukan org lain, maka sibukkanlah dirimu
dengan melihat keburukan dirimu sendiri.


Jadikanlah kehidupan di dunia ini sebagai ladang
pertanian yang akan engkau terima hasilnya kelak
di akhirat.

(*teringat, ni mel ammar amin masa F3..)

Friday, July 31, 2009

Hidupku satu perjalanan..


Assalamualaikum..

Alhamdulillah berkesempatan jugak akhirnya untuk bersihkan habuk2 tebal kat blog ni, alhamdulillah x bersin..
pertamanya, Syukur pada Rabb kerana berikan daku peluang untuk terus hidup mengabdikan diri padaNya serta beri peluang untuk terus berblog..

7 bulan dalam 2009 dh berlalu, banyak pengalaman baru yang an
a dapat.. Alhamdulillah sekarang ni lega sikit..
- Ping-pong dah habis (walaupun x brape berjaya..menang bergu je)

- Debat UIA 24-30Julai (Alhamdulillah, juara!)

- Debat Musleh 9-12Julai (Alhamdulillah, naib juara..)

- Pilihanraya pun dah habis(14Julai09-
*hari lahir ana,hehe..)jd, MPP pun dah tukar kepimpinan baru.. Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab, adik2.. Kuatkan semangat dan bulatkan tekad!

Alhamdulillah, banyaknya pengalaman dan nikmat yang Allah kurniakan, belum dikira nikmat2 lain lagi; boleh bernafas, bercakap, bergerak dan banyak lagi ah, kalau nak senaraikan, habis 'cramp' tan
gan..

teringat satu citer dlm usrah gabungan pg td yang cukup menarik untuk dikongsikan, cerita 'rama2 dan bunga'; Pada suatu hari ada seorang lelaki berdoa pada Allah agar dikurniakan rama2 dan bunga, tapi Allah kurniakan padaNya kaktus dan ulat! Dia terfikir, kenapa Allah tidak memakbulkan doanya? "mungkin Allah terlalu sibuk nak kena awasi berbilion manusia lain", katanya lalu ditinggalkan persoalan tu.. Beberapa minggu lepas tu, dia sungguh terkejut kerana melihat kaktusnya itu telah bertukar menjadi bunga dan ulat yang terselindung itu telah jadi rama2..
Jadi, dalam hidup ini, jangan terlalu mengharapkan sesuatu yang kita pinta dan sedih bila tidak memperolehnya kerana mungkin Allah akan berikan yang
lebih baik pada masa hadapan kita sepertimana citer tadi.. Yang penting, usaha dan doa.. Sentiasalah optimis dalam hidup ini dan anggaplah segala perkara dalam hidup ni sebagai pengajaran sebab itulah seharusnya sikap muslim sukses!
Ya Allah
Betapa pemurahnya Engkau
Sentiasa mendengar rintihan hamba-hambaMu
Memberikan yang terbaik pada mereka yang berdoa padaMu
Di kala diri dilanda kesedihan
kau turunkan hujan sebagai rezeki dan penenang jiwa
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam
AKU YAKIN!
Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau
dan Nabi Muhammad itu RasulMu

ok, kembali ke pangkal jalan, lepas ni, nak kena fokus belajar! SPM dah dekat.. penentu kerjaya masa depan.. baru-baru ni pun, periksa semester dapat 8A je.. pelajaran pun dah banyak kena tinggal.. *teringat kata-kata Ustazah Norimah(guru Physics) dalam kelas, " Sekarang ni, cukup-cukuplah dengan kokurikulum, dah banyak sangat dah..fokus belajar pulak, kan nanti kecundang pelajaran, macamane?" dengan matanya memandang ana, aduh! terasa.. Sebenarnya, awal tahun dulu, rancangnya nak habiskan sukan, lepas tu fokus belajar.. Tapi, apakan daya.. kita merancang, Allah pun merancang dan perancangan Allah itu yang terbaik..
Apapun, ana selalu teringat dan berpegang pada pesan naqib ana, "Jika kamu menolong(agama) Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu" (Muhammad:7)
Insya'Allah, moga segala amal kita mendapat redhaNya.. Itulah manisnya usrah..

Lepas ni, kena sentiasa hammasah dalam belajar, SPM lagi 112hari(lebih kurang ah..), banyak lagi nak kena study ni.. tak boleh putus asa, kena usaha dan tawakkal, 13A1 Insya'Allah.. Bukankah kita ni orang mukmin? sebagai seorang mukmin kena ingat, cemerlang dalam akademik itu satu keperluan, bukan kehendak.. HARAP DAPAT DOAKAN ANA UNTUK SPM09, 13A1! AMEEN..


Sekian untuk kali ni..
Yakinlah Islam pasti kembali tertegak di muka bumi ini" dan yakinlah 'ISLAM ITU TINGGI TIADA YANG LEBIH TINGGI"

- Dakwah nombor satu, akademik bukan nombor dua-

~shoutulqalbu92~


WASSALAM..

(maaf atas segala kekurangan.. harap dapat komen sbg muhasabah..)

Monday, June 8, 2009

Akad Nikah & Walimatul urus..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, semalam kakak ana selamat bernikah dan selesai walimatul urus..
Ni sikit gambar2 nikahnya..
~MOGA AKAK N ABG ILHAM BAHAGIA dunia akhirat

wassalam~





Wednesday, June 3, 2009

Cogito Allah Sum

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh..

Kaifa halukum?
Bersyukur kepada Rabb kerana masih mengizinkan kita menyedut oksigen dan menikmati IMAN dan ISLAM..
Moga anda sentiasa berada di bawah petunjukNya..

Pernah tak seorang yang atheis bertanya pada kalian "Apakah bukti kebenaran Islam?"

Ana teringat baru-baru ni ana ada baca novel yang bertajuk "Cogito Allah Sum" yang bermaksud "Semakin aku berfikir, ternyata Allah semakin ada".

Sekadar nak berkongsi, novel ini mengisahkan seorang remaja bernama Rayyan yang dilahirkan dalam keluarga yang kaya dan yang paling penting mempunyai ibu bapa yang begitu berpegang kuat kepada Islam tetapi sebagai anak, mengaku seorang ateis tanpa keraguan.

Bayangkan seorang anak yang disediakan keperluan secukupnya melakukan penghinaan sebegini malah berazam untuk turut menyesatkan kedua orang tuanya sendiri.

Pergaulannya dengan golongan yang materialistik, komunis dan falsafah barat memberikan kekuatan kepada dirinya untuk menafikan kewujudan Allah dan langsung untuk tidak mempercayai-Nya.Tidak mustahil zaman sekarang, dalam kalangan remaja di mana pemikiran mereka dimanipulasi barat sehinggakan kewujudan Allah dijadikan persoalan..

Diceritakan bagaimana dia semakin larut dengan fahamannya sehingga tahap menyebarkannya pada orang lain. Di sebalik itu, yang terjadi padanya sebenarnya, semakin jauh dia cuba meninggalkan Tuhan, semakin fikirannya berkecamuk dan hidup makin tak tenang.Dia menghadapi pelbagai konflik hidup sehingga satu tahap, hidupnya musnah.

Di penghujung novel ini, Rayyan tersedar dan mula tercari-cari ketenangan yang sebenarnya dan akhirnya hidayah Allah sampai kepadanya! atas sifat Allah yang Maha Penyayang..

Sesungguhnya benarlah hadith yang diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib, Rasulullah s.a.w bersabda:
”Demi Allah jika Allah memberikan hidayah kepada seseorang lantaran kamu maka hal itu lebih baik bagimu daripada unta merah. “ (HR. Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, sebagai seorang yang sudah menerima hidayahNya, bersyukurlah kerana kita tidak menjalani hidup seperti Rayyan. Ana teringat nasihat naqib ana, "salah satu tanda kita bersyukur ialah kita implementasikan dalam bentuk amal ibadah" Jadi, jom tingkatkan potensi diri dalam beramal!

Bagi pembaca sekalian, janganlah berputus asa daripada rahmat Allah..
Adakah kita mahu biarkan masyarakat di luar sana makin jauh dengan Islam? Apa lagi, jom sampaikan Islam kepada orang lain agar kita sama-sama dapat rasai nikmatnya Islam..

"Sampaikanlah seruanku(Rasulullah) walau dengan sepotong ayat"

Jadi, di hari cuti ini jagalah diri baik2, jangan kita semakin jauh dengan Allah kerna kita tak akan bahagia tanpaNya.. :-)

~WaSsALaM~
"Indahnya bila Islam itu di hati, bukannya di sisi"

Sunday, May 31, 2009

Inilah Masanya

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum..

Alhamdulillah..
cuti bermula...
mungkin inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua..
Ingatlah, cuti dalam perspektif seorang mukmin itu adalah untuk mengumpul tenaga dan kekuatan, membuat perancangan dan muhasabah diri bagi meneruskan lagi perjuangan yang masih panjang lagi ini bagi menaikkan nama ISLAM dan menunjukkan ISLAM kepada masyarakat...

Saidina Umar Al-Khattab r.a pernah berkata:
" Hanya kebenaran yang terancang yang dapat mengalahkan kebatilan"

Oleh itu, mari sama-sama kita renungkan..


Manfaatkan masa cuti dengan perkara-perkara yang bermanfaat.. tunjukkan imej sebagai seorang Muslim dalam segenap aspek..
SELAMAT BERCUTI..

"Indahnya hidup bila Islam itu di hati, bukan di sisi.."
~wassalam~

Saturday, May 2, 2009

ISLAM ITU TINGGI, TIADA YANG LEBIH TINGGI..




" Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". [3:126]

" Dan dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. " [6:165]

Alhamdulillah.. Allah telah mengurniakan daku nikmat ini.. Moga apa yang ku lakukan ini mendapat redha-Nya..

"Ya Allah, janganlah dengan nikmatMu ini menyebabkan aku lalai daripada mengingatiMu.."

* first post... hehe
WASSALAM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails