Assalamualaikum..
Alhamdulillah berkesempatan jugak akhirnya untuk bersihkan habuk2 tebal kat blog ni, alhamdulillah x bersin.. pertamanya, Syukur pada Rabb kerana berikan daku peluang untuk terus hidup mengabdikan diri padaNya serta beri peluang untuk terus berblog..
7 bulan dalam 2009 dh berlalu, banyak pengalaman baru yang ana dapat.. Alhamdulillah sekarang ni lega sikit..
- Ping-pong dah habis (walaupun x brape berjaya..menang bergu je)
- Debat UIA 24-30Julai (Alhamdulillah, juara!)
- Debat Musleh 9-12Julai (Alhamdulillah, naib juara..)
- Pilihanraya pun dah habis(14Julai09-*hari lahir ana,hehe..)jd, MPP pun dah tukar kepimpinan baru.. Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab, adik2.. Kuatkan semangat dan bulatkan tekad!
Alhamdulillah, banyaknya pengalaman dan nikmat yang Allah kurniakan, belum dikira nikmat2 lain lagi; boleh bernafas, bercakap, bergerak dan banyak lagi ah, kalau nak senaraikan, habis 'cramp' tangan..
teringat satu citer dlm usrah gabungan pg td yang cukup menarik untuk dikongsikan, cerita 'rama2 dan bunga'; Pada suatu hari ada seorang lelaki berdoa pada Allah agar dikurniakan rama2 dan bunga, tapi Allah kurniakan padaNya kaktus dan ulat! Dia terfikir, kenapa Allah tidak memakbulkan doanya? "mungkin Allah terlalu sibuk nak kena awasi berbilion manusia lain", katanya lalu ditinggalkan persoalan tu.. Beberapa minggu lepas tu, dia sungguh terkejut kerana melihat kaktusnya itu telah bertukar menjadi bunga dan ulat yang terselindung itu telah jadi rama2..
Jadi, dalam hidup ini, jangan terlalu mengharapkan sesuatu yang kita pinta dan sedih bila tidak memperolehnya kerana mungkin Allah akan berikan yang lebih baik pada masa hadapan kita sepertimana citer tadi.. Yang penting, usaha dan doa.. Sentiasalah optimis dalam hidup ini dan anggaplah segala perkara dalam hidup ni sebagai pengajaran sebab itulah seharusnya sikap muslim sukses!
Ya Allah
Betapa pemurahnya Engkau
Sentiasa mendengar rintihan hamba-hambaMu
Memberikan yang terbaik pada mereka yang berdoa padaMu
Di kala diri dilanda kesedihan
kau turunkan hujan sebagai rezeki dan penenang jiwa
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam
AKU YAKIN!
Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau
dan Nabi Muhammad itu RasulMu
Betapa pemurahnya Engkau
Sentiasa mendengar rintihan hamba-hambaMu
Memberikan yang terbaik pada mereka yang berdoa padaMu
Di kala diri dilanda kesedihan
kau turunkan hujan sebagai rezeki dan penenang jiwa
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam
AKU YAKIN!
Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau
dan Nabi Muhammad itu RasulMu
ok, kembali ke pangkal jalan, lepas ni, nak kena fokus belajar! SPM dah dekat.. penentu kerjaya masa depan.. baru-baru ni pun, periksa semester dapat 8A je.. pelajaran pun dah banyak kena tinggal.. *teringat kata-kata Ustazah Norimah(guru Physics) dalam kelas, " Sekarang ni, cukup-cukuplah dengan kokurikulum, dah banyak sangat dah..fokus belajar pulak, kan nanti kecundang pelajaran, macamane?" dengan matanya memandang ana, aduh! terasa.. Sebenarnya, awal tahun dulu, rancangnya nak habiskan sukan, lepas tu fokus belajar.. Tapi, apakan daya.. kita merancang, Allah pun merancang dan perancangan Allah itu yang terbaik..
Apapun, ana selalu teringat dan berpegang pada pesan naqib ana, "Jika kamu menolong(agama) Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu" (Muhammad:7)
Insya'Allah, moga segala amal kita mendapat redhaNya.. Itulah manisnya usrah..
Lepas ni, kena sentiasa hammasah dalam belajar, SPM lagi 112hari(lebih kurang ah..), banyak lagi nak kena study ni.. tak boleh putus asa, kena usaha dan tawakkal, 13A1 Insya'Allah.. Bukankah kita ni orang mukmin? sebagai seorang mukmin kena ingat, cemerlang dalam akademik itu satu keperluan, bukan kehendak.. HARAP DAPAT DOAKAN ANA UNTUK SPM09, 13A1! AMEEN..
Sekian untuk kali ni..
Yakinlah Islam pasti kembali tertegak di muka bumi ini" dan yakinlah 'ISLAM ITU TINGGI TIADA YANG LEBIH TINGGI"
- Dakwah nombor satu, akademik bukan nombor dua-
~shoutulqalbu92~
WASSALAM..
(maaf atas segala kekurangan.. harap dapat komen sbg muhasabah..)
7 comments:
~salam~
Ana mcm pernah dengar cerita kaktus dan rama2.Ana rase pagi tadi.Semoga cerita ini dapat memberi pengajaran kepada kita semua.insyaallah...
gunakan sebaiknya apa yang ada disekeliling kita?hmm.semoga DIA membantu kamu bersama sebaikbaik usaha dari kamu.
chaiyo' Zubayr..
sikit jea lgi.. doa kami akan sentiasa mengiringi anta..
p?s: terima kasih yeaa.
bagi mengejar impian kita mesti berusaha tapi tak guna usaha tanpa doa ana akan selalu berdoa buat abg zubayr -ff-
salamu 'alayk
akak sentiasa doakan kejayaan junior2
usaha dan terus usaha
sudah tiba masanya nta buktikan bahawa janji Allah dalam surah Muhammad:7 itu benar!
jawatan dan ko-kurikulum bukan alasan utk kecundang dalam akademik.
putus asa itu jangan.
biar penat menelaah 13 subjek tersebut.lepas SPM, ad bnyk masa untuk rehat (kalau nak rehat)
ingatlah pesan as-syahid imam mustafa masyhur.
kita cuma ada 1 nyawa, dan terpulang pada kita bagaimana untuk menggunakan nyawa tersebut dan macam mana nak capai cita2 kita dengan hanya 1 nyawa.
may Allah bless u~
Syukron..
haha.1 nyawa.tibatiba teringatkan game yang ada banyak nyawa.
Post a Comment