Showing posts with label promosi. Show all posts
Showing posts with label promosi. Show all posts

Friday, July 2, 2010

Ada lagi?

Bismillahirrahmanirrahim~

Insya'allah cetakan kedua travelog R2j4 akan muncul di pasaran memandangkan cetakan pertama sudah habis dijual!(maksudnya buku ni best! insya'allah~) Alhamdulillah..cetakan baru ini akan diserikan lagi dengan tambahan karya-karya baru yang menarik dan wajah yang baru!
Nantikan kemunculannya!

"membeli sambil beramal"

Wednesday, June 23, 2010

travelog R2J4 !

Bismillahirrahmanirrahim..~

Alhamdulillah 19 JUN yg lalu telah dilancarkan buku travelog R2J4 yang mana di dalamnya mengandungi kisah-kisah menarik yang penuh pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi bersama..
Untuk makluman, separuh daripada hasil penjualan buku akan disalurkan ke DANA PALESTIN dan separuh lagi akan disalurkan ke DANA HIDAYAH

~sedikit sinopsis~

Ini bukan buku masakan, tidak juga kisah cinta terlarang antara
Adam dan Hawa tapi sebuah cerita yang jauh lebih indah.

45 orang remaja belasan tahun menjejakkan kaki ke tanah
Jawa dengan satu harapan yang sama,untuk belajar dari sebuah
kehidupan. Kata orang, jauh perjalanan luas pengetahuan. Betul
rupanya! Kalaulah kita sedia membuka mata hati, kita bakal
melihat sesuatu yang sangat bermakna di sebalik seribu satu
aturan Ilahi.

"Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan semua ini dengan sia-sia.
Maha suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka". (3:191)

Kehidupan ini bermakna sekiranya ia tumbuh dari
pengetahuan. Maka, kita dipesan agar terus belajar dan belajar
hingga mampu merungkai hikmah yang tersembunyi.

Musafir ini dihiasi pelbagai warna; kepayahan dan
kegembiraan, gelak tawa dan tangisan juga pertemuan dan
perpisahan. 21 hari menjadi tetamu di negara jiran, pelbagai kisah
ingin kami kongsikan bersama. Pernah dengar tentang Nasi Uduk?
Inilah makanan yang kami nikmati di Indonesia! Nasi Lemak? Mesti
anda semua tahu, masakan tempatan kita.

Soroti langkah-langkah kami dalam buku ini, Nasi Lemak
Nasi Uduk, Sebuah catatan kembara dari Johor ke Jawa.




sebuah buku harganya cuma RM10 sahaja!
sesiapa yg berminat, bagitau ya..~

Jom membeli sambil beramal!!

Jom berhibur sambil menderma !!



Bismillahirrahmanirrahim..~

Warga Sekolah Islam Hidayah JB sedang berusaha untuk mengumpulkan wang sebanyak RM1.8 juta untuk membangunkan dua buah bangunan sekolah yang baru. [dana HIDAYAH]

Jadi salah satu usaha yang dilakukan ialah dengan menerbitkan album nyanyian kumpulan nasyid SMIH, Najahan, dengan berjudul Hidayah. Alhamdulillah, album ni telah dilancarkan pada 19 Jun yang lalu..




Album terdiri dari empat track:
Al-Aqsa yang Mulia(Aqsa Syarif) [4:02]
Ahlan dan Syukur [3:49]
Wira Kita: Sahabat RA [3:43]
Dunia Gemilang [4:34]


Ana cuma nak highlight yang album ini bukan bertujuan mencari glamour dan keuntungan tetapi tujuan utamanya adalah untuk menjana dana demi membangunkan salah sebuah sekolah Islam kita, SMI Hidayah.

Satu set album RM15. Kalau perlu dipos ke rumah, anda juga dikehendaki bayar kos pos.
Tempah album amal ini dengan menghantar email berjudul "Tempah" ke
najahan.hidayah@gmail.com dan sertakan nama, nombor telefon dan alamat lengkap anda





Moga sumbangan kalian menjadi saham di akhirat..Baarakallhu fiikum~


Friday, May 7, 2010

Promosi Jualan T-Shirt Islami..


Bismillahirrahmanirrahim..

Sesungguhnya 6 daripada 10 sahabat yang dijamin masuk syurga merupakan 'businessman'..Jadi, jom berbisnes!

Insya'Allah setiap pembelian, hasilnya sebanyak 20% akan disumbangkan ke dana palestin... jadi, MEMBELI SAMBIL MENYUMBANG !!

Sesiapa yang berminat untuk membeli t-shirt2 di atas, boleh hubungi ana atau Irfan Hisham..
Insya'allah ada saiz S, M, L dan XL.. [ RM 25 / T-shirt ]

WASSALAM..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails