Alhamdulillah syukur ats rahmat dan hidayah Allah utk menggerakkan hati-hati insannya utk brsm dlm kebaikan..baru2 ni lepas hbs final exam, 6-8 NOV 2010 ana dan kawan2 seramai 18 orang diberi kesempatan oleh Allah utk berjaulah ke PORT DICKSON dengan tujuan membina ikatan ukhuwwah sesama kami dan menyedarkan hakikat diri kami serta mengamati agungnya kekuasaan Allah melalui ciptaannya..
Basically, ada sebahagiannya kehadiran mereka dah dlm perancangan mereka dan sebahagian yg lain mereka x rancang,(last-minute decision).. ada sorang yg tetiba nk join sedangkan pada mulanya dia dh ada plan lain.. ada yg sebulan lps nk join tp sehari dua sblm prog bgtau yg mereka x dpt join.. begitulah Allah gerakkan hati-hati hambaNya mengikut yg Dia kehendaki.. masya'Allah..
6 NOV 2010
Jaulah kami bermula..Kami gerak dgn 2 kereta yg dipandu ana n akh Rashid, n 1 van.. dr Kolej Cendana kol 3ptg slps briefing ringkas..Alhamdulillah dlm kereta smpatlah ana buat taaruf mendalam(TTT) dengan mereka. Walaupun dh 4 bulan bersama, banyak cerita2 baru psl mereka yg ana br tau.. Kami berehat di RnR Seremban utk solat+makan..Alhamdulillah sampai PD kol 6,30ptg.. smpai2 geng KMS tgh setting khemah,masak BBQ dll.. kami pn bantu apa yg boleh..
Mlm tu, kami makan beramai-ramai.. lps makan, semua dh mula penat dan mengantuk.. Ana n Rashid cubalah utk mengajak rakan2 utk buat sesuatu sbb rasa mcm rugilah dtg jauh2, makan and then tidur..kami pn ajak nikmati keindahan alam ciptaan al-Khaliq. Alhamdulillah mereka bersemangat! kami pun bentang kanvas btol2 kat tepi pantai menghadap ke laut yg tenang dan duduk dlm liqa'. Jadi, bermulalah curhat sesama kami.. Subhanallah, mereka mencurahkan segala yg terbuku di hati mereka, tentang harapan2 mereka, prkr yg menjadi kerisauan mereka dsb..mereka merasa seronok dapat berada bersama kelompok individu2 yg bertemu n berpisah krn Allah ini..Alhamdulillah. jadi, ringkasnya mlm tu memang sangat best n bg ana di sini mula terpecah ketulan2 ais antara kami dan mulalah terbina tautan hati antara kami.. borak2 smpai x sedar dh pukul 12.. so, kami pun kembali ke khemah utk tidur..
Pukul 1 lbh pg, tetiba ana tersedar bila ada 2 orang sahabat bangun yg katanya sebab rasa pelik.. lps tu, ana pun baring balik utk sambung tidur.. Bila baring je, dgn tiba2 angin kencang dr luar menerpa khemah kami.. ana agak terkejut sebab anginnya agak kencang.. sampaikan khemah besar seorang ikhwah ni tinggal separuh sbb ditiup angin.. semua tersedar dan cuba memikirkan solusi masing2.. ada yg cuba tahan khemah supaya x roboh, ada yg 'blur' sbb br bangun dsb..pelbagai kerenah dpt diperhatikan ketika itu. Semua tetap bertahan dlm khemah. In split 2 seconds, ana apa lagi, yg terfikir cuma utk bwk semua msk kereta sebab tengok khemah mcm dh x de harapan je. Bila ana n Rashid kluar je, yg lain apa lg, ikut sekali.huhu.. Lastly, tinggal 3 orang lg yg cuba pertahankan khemah.. beberapa minit lepas tu, mereka pun keluar sebab tengok mcm dh takde harapan dan khemah tu pun akhirnya tumbang.. Selepas tu, khemah2 lain pun mula tumbang melainkan 2 khemah yg diguna geng KMS.. kami pun melihat keadaan angin kencang tu dr dlm kereta.. dan yg menariknya, pelancong2 kat situ yg tadinya berbuat maksiat majoritinya mula beransur pulang.. ada hikmahnya.. Lepas tu, majoriti sambung tidur kecuali beberapa sahaja..memanfaatkan keindahan waktu malam di tepi laut yg terbentang luas.
7 NOV 2010
Pagi tu kol 5 kami gerak ke Masjid Bagan Pinang berdekatan utk bersihkan diri n solat. Ba'da solat subuh, dengar kuliah dan menikmati sarapan yg masjid sediakan.. Then fikir2, pg tu x menjadi kalau nk mulakn ISK, so semua peserta diminta tidur dan rehat.. kol 10 semua bangun, solat dhuha, sarapan yg btol2 punya and then semua duk dalam liqa'. Disebabkan mereka semangat tentang kejadian angin malam tu, dibuatlah sesi perkongsian, utk muhasabah, tazkiah dan utk datangkan balik mood diorang sebab malam tu ada sorang peserta tetiba bad mood dan effect pd peserta2 lain. Alhamdulillah, mereka semua dapat mengeluarkan pelbagai hikmah daripada peristiwa tu, ada yg umpamakan kejadian tu dengan perang, ada yg umpamakan khemah tu ibarat foundation ISLAM, kalau x kukuh maka akan roboh, ada yg siap kaitkan dengan beberapa ayat qur'an dan macam2 lagi..rumusnya, dlm kejadian yg singkat tu je dh tertonjol sifat n ciri2 masing..so, kira berlaku proses ta'aruf yg unik.. Masya'Allah!! begitulah perancangan Allah yg pastinya terbaik utk kita..
Lpas berkemas, dlm pukul 12.30, kami meneruskan perjalanan ke rumah ketiga(rumah1:khemah, rumah2:masjid) iaitu apartment kat area Teluk Kemang, PD. Sampai sana, disebabkan check-in pukul 2, kami pun beraktiviti di pantai dahulu, ber-RIGAMSOT..(RIadah+GAmes+Makan+SOlat+Tazkirah).. lepas tu, check-in, khidmat diri dan berkumpul utk mulakan ISK.. Fuhh! Apartmen dia besar btol, dh tempah 2 apartmen, tp 1 apartmen tu je dh bleh sumbat 20org.. lps tu, ISK pun bermula, alhamdulillah semua walaupun kepenatan tapi tetap hammasah! ISK disambung sampai ke malam..
8 NOV 2010
Pg tu, jemput Dr Adnan bg talk, prkongsian US dan beberapa isu yg penting sbg foundation sbg muslim atau "back to basic"..penyampaian yg sgt mantap n brsmgt! ptg tu, buat penutup ringkas dan pulang ke cendana..
Alhamdulillah, semua yg hadir dapat menerima dgn baik segala yg disampaikan.. Sama2 kita doa agar Allah tetapkan hati kita dan mereka di atas jalan ini agar pemergian ana dan mereka ke US nanti dengan jiwa sbg seorang du'at n dengan harapan untuk menyuburkan bumi US dgn tarbiyyah, dan saat kembalinya ke Malaysia nanti akan turut sama di medan sebenar.. Insya'Allah!
"sesungguhnya Allahlah yg menggerakkan dan membolak-balikkan hati hambaNya menurut yg Dia kehendaki"
----------------------------------------------------------
wassalam
3 comments:
salam ziarah ya akhi, wah kisah yang menarik ! Bittaufiq wannajah nak ke US nanti ! Sama2 kita doa agar ALLAH tetapkan hati kita. :)
akhi, ana rasa lebih cantik kalau cerita sebegini dibuat dua bahagian agar lebih mudah utk pembaca..moga terus hammasah!
oh, panjang sangat ke? asiff jiddan..syukron~
Post a Comment