Sunday, November 21, 2010

Mereka pasti boleh!

Bismillahirrahmanirrahim..

Post kali ni khas ditujukan buat adik2 g12 SMIH yg bakal menduduki SPM. (terkenang kenangan manis masa nk amik SPM dulu..^_^)

Ok, Perjuangan kalian bakal bermula setelah sekian lama bertungkus lumus tonggang terbalik belajar, sampai ada hari yg stay back sampai malam, kelas tambahan dan sebagainya tapi ketahuilah bahawa SPM hanyalah permulaan bagi kembara antum di muka bumi Allah ini.

Bersyukurlah,
Allah telah memilih antum untuk bersama hidup di SMIH, kerana ramai yang mahukan bi'ah solehah tapi mereka tak berpeluang..

Bersyukurlah,
Guru-guru di SMIH tetap setia dan tabah MENDIDIK (bkn mengajar ye) antum walaupun gaji mereka sangatlah tak seberapa kalau dibandingkan dengan sekolah lain. sampai ada yang hampir setiap hari balik lewat malam.

Bersyukurlah,
antum dikurniakan pengetua seperti Ustzh Kamaliah, tetap teguh menyokong perjuangan antum. walaupun kerenah antum bermacam-macam, pelik2..

dan banyak lagi sebenarnya yg antum perlu bersyukur..

Yup, mungkin ada antara antum yang banyak kurang puas hati dengan apa yang sekolah tetapkan, tapi percayalah semua itu sebahagian daripada pentarbiyyahan untuk membentuk keperibadian antum. Yakinlah, antum pasti akan berasa sangat bersyukur dan menghargai segala yg antum peroleh di sekolah setelah antum berada di alam universiti nanti... boleh jadi akan ada sebahagian yang akan menyesal kerana tak ambil sepenuhnya peluang yang ada di SMIH.. sebab ana dan sahabat2 ana merasainya.. ^_^"

adik2 G12,
manfaatkan detik2 terakhir antum di SMIH ye.. kerana selepas ni, bermulalah hidup antum di dunia yang sebenar.. pastikan antum bersatu padu supaya semua dapat menuju ke gerbang kejayaan (define sendiri apa mksd kejayaan)
jadilah kalian nanti orang-orang yang akan memimpin masyarakat!

Ingat, di saat ini, Allah lah yang berhak melakukan apa2..jadi, teruskan merapatkan dan menjernihkan hubungan dengan Allah..jg hubungan dengan ibu bapa dan kawan2.. antum sudah berusaha yang termampu, nanti all out dan yg selepas drpd tu, berserahlah dan bertawakkallah kepada Allah..

"Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah pada Allah. Sesungguhnya Allah MENYUKAI orang-orang yang bertawakkal.." (Ali-Imran:159)

kejayaan antum adalah kejayaan semua warga hidayah juga..Antum pasti boleh!

juga buat semua sek2 cawangan MUSLEH(kira adik-beradiklah kn?..),
BITTAUFIQ WANNAJAH! mg antum jg mengecapi kejayaan!

"tingkatkan prestasi, letak ISLAM di hati"
rebutlah peluang selagi masih ada..~

*sesiapa yg rasa nk fly gi USA, blehlah tanya2 ana sebelum buat keputusan ye..~

[ WASSALAM ]

4 comments:

+akufobia+ said...

najah buat mereka.ameen.

nik atirah said...

syukran ya akh.

doakan kami.
maaf salah silap.

Mujahid Umar Mokhtar said...

klu nak blaja kat us best x?hehe

~ ZuBaYr AiZaiNi~ said...

huhu..mujahid~ u know better.. 2 me, best walaupun x prnh gi lg..tp ada bbrpa prkr yg prlu dititikberatkn.. ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails