Friday, October 22, 2010

Teringat mereka-Usroh

Teringat sebuah kisah di zaman Rasulullah, ada seorang sahabat berjumpa dengan sahabatnya yang lain dan mengadukan yang dia merasakan bahawa dia ibarat seorang munafik. Kerna dia merasakan apabila dia bersama Rasulullah, dia beriman, tetapi bila dia bersama-sama dengan keluarganya. dia gelak tawa dan bersenda gurau dengan mereka. Sahabat yang mendengar itupun mengucapkan masalah yang sama lalu mereka berjumpa Abu Bakar dan menceritakan masalah mereka. Abu Bakar pun merasakan begitu lalu mereka memberitahu Rasulullah tentang keadaan mereka lalu Rasulullah menjawab, " Ijlis bina nu'min sa'ah" (Duduk sebentar dan beriman sejenak).. Para sahabat bila bersama dgn Rasulullah, Rasulullah akan cuba sedaya upaya untuk memberi ketenangan kepada hati2 mereka dan recharge iman mereka..

hakikat yg kita perlu ingat bahawa sabda Rasulullah: "Al-iman yazid wa yanqus" (Iman menambah dan berkurang)

Itulah, kalau kita nak tau, inilah menunjukkan kepentingan untuk kita mengikut Usroh.. untuk meningkatkan kefahaman kita dan recharge iman, bukan untuk menambah ilmu agama semata-mata sebab kalau ilmu agama, kat ceramah2 n majlis ilmu kita boleh dapat.. Memahami Islam merupakan tuntutan dan kewajipan yg Allah letakkan pada bahu kita. Rasionalnya kerana kalau kita sendiri tidak memahami Islam sbg ad-Deen, bagaimana kita nak merealisasikan 2 tujuan hidup kita? Beribadah kepada Allah(Ubudiyyah)(51:56) dan menjadi khalifah Allah(2:30)..

Kita lihat, para sahabat Rasulullah yg hebat pun tetap mengamalkan "ijlis bina nu'min sa'ah" utk recharge iman mereka..Kita bagaimana ya?

Masya'Allah! terkenang anak-anak di Kg Rudan, Sarawak.. Pada suatu malam kat sana, lepas habis penyampaian dan jamuan ringan di surau, ana dan akh Munzir berkesempatanlah mengajak adik2 ni untuk tidur bersama di rumah keluarga angkat kami.. Alhamdulillah, datanglah adik Jesmi, Mubin, Hisham, Pika n sorang x ingat, asiff.. Kat sane, kol 11mlm generator ditutup, jadi x delah elektrik.. kami pun duduk di luar rumah dlm bulatan dan di tengah2 diletakkan pelita(boleh kata berusrohlah..).

Kami pun berkongsilah beberapa perkara pada adik2 ni; jaga solat dan akhlak dsb, ada jgk cerita kisah para nabi dahulu.. mereka ni masya'Allah bersemangat, dh hbs satu cerita, mereka minta lagi dan lagi.. smpai lewat malam pun mereka kata tak mengapa..

Itulah adik2 se-Islam kita yg tinggal di pedalaman yg x berpeluang mendapat tarbiah yg sempurna.. Kadang2, terketuk juga sebab melihat mereka ni bersemangat tapi kita yg di sini??

Wallahua'lam..

[peringatan buat diri ini juga]

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails