Monday, May 3, 2010

Tragedi tak ku duga..~ penuh ibroh..

Bismillahirrahmanirrahim

Suasana sunyi sepi ketika itu, cuma kedengaran bunyi kereta-kereta yang menderum melepasiku dan 2 orang sahabatku iaitu Munzir dan Manpal yang sedang duduk dalam kereta dengan pintu terbuka. Masing-masing sedang khusyu' makan bekal nasi yang kebetulan dibawa oleh kami sambil memikirkan apa yang bakal berlaku pada kami malam ini. 

"Zubayr! tolong umi jap!", suara ummi di dapur memanggilku. Aku tersedar dari lamunan. 

"Ye ummi, ada apa?" sambil menuju ke dapur untuk mendapatkan ummi ku..

Selepas selesai membantu ummi, aku duduk semula di hadapan laptopku. Aku kembali termenung.

Minggu lepas, hari jumaat sampai ahad, Alhamdulillah aku ke Serdang bersama teman-temanku dengan menaiki keretapi atas tujuan menghadiri sebuah program. Aku teringat peristiwa pada sabtu malam. Malam itu, setelah tamatnya program lebih kurang jam 11.50malam, sahabatku yang lebih dikenali dengan nama Manpal yang telah berjanji untuk membawaku ke Setapak mengajakku untuk gerak.

"Bai,jom gerak!"ajak Manpal.

"Gerak dulu, cucuk belakang.. eh, saja je.. jom2! munzir, gerak sekali jom!" balasku.

"Ok2, jom.."sahut munzir ringkas.

Kami pun turun untuk mendapatkan kereta Proton Tiara milik Manpal yang berada di tempat 'parking'. Manpal masuk ke dalam kereta untuk menghidupkannya, tiba-tiba.. 

"Astaghfirullah, kenapa x boleh hidup ni?" Manpal sedikit mengeluh.

"eh! selalu macam ni ke?" kataku hairan.

"Tak ah, biasa ok je..ni mesti sebab spark plug masalah.."balas Manpal.

Kebetulan, aku ternampak kelibat iyadh, qalbuddeen dan athif lalu memanggil mereka untuk membantu menolak kereta. Cubaan pertama kami gagal. Kami tidak putus asa dan cuba lagi tapi tetap gagal. Kami cuba,cuba dan cuba lagi..Alhamdulillah setelah percubaan lebih kurang 6-7 kali berulang kami menolak kereta dalam jarak lebih kurang 20 meter sambil Manpal berusaha menghidupkan enjin, berjaya juga enjin dihidupkan. Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana sanggup membantu lalu masuk ke dalam kereta untuk memulakan perjalanan. Itulah indahnya ukhuwwah, sahabat menjadi teman di kala susah dan senang. 

Di sebalik kisah,sebenarnya ana ada memesan barang dalam kuantiti yang besar dari teman-teman jogjakarta yang sedang dalam lawatan ke Malaysia dan kini
 menginap di Kolej UTM,Setapak. Memandangkan esok mereka akan keluar dari kolej itu dan berjalan-berjalan di sekitar Kuala Lumpur, jadi agak membebankan untuk mereka bawa sekali barang yang ana pesan. Jadi, malam itu juga ana buat keputusan untuk ke sana bagi tujuan mengambil barang tersebut.

Sebenarnya, kami tak tau pun kat mana Kolej UTM tu.. Kebetulan hp Manpal ada GPS, kami pun manfaatkannya. Perjalanan pada awalnya lancar sehingga selepas 30min, bila kami mula masuk ke kawasan Setapak. Kami mula keliru jalan mana nak diambil sebab GPS hp guna satellite, jd respon agak lambat menyebabkan
 kami terlajak beberapa kali dan terpaksa patah balik. Maklumlah jalan kat KL, kalau terlajak memang jauh kalau nak pusing.

"Eh! minyak dah nak habis, tengokkan apa-apa stesyen minyak yang ada.." Manpal bersuara memecahkan kesunyian. 

"ok..", balasku selamba..

Beberapa minit selepas itu, kami berhenti di BHP.Ketika itu, jarum jam menunjukkan pukul 1.35pg. Selesai mengisi minyak dan membeli air, aku bertanya penjaga kedai di mana Kolej UTM tapi dia tak tahu. Uh! sedikit kecewa tapi memang logik dia tak tahu sebab muka macam 'foreigner'. Kami pun meneruskan perjalanan. Munzir sudah mula melelapkan matanya, mungkin kerana kepenatan. Tak pe, biar dia rehat. Aku fikir dan fikir, lepas tu mula bingung macamana nak ke Kolej UTM tu. Sungguh, tak de apa-apa petanda. Kami dengan taqlid buta meredah jalan-jalan di situ dan mencari taman perumahan kerana yang ana maklum, Kolej UTM itu di kawasan taman tetapi malangnya tersesat kat sebuah kawasan perumahan, Taman Setapak. Di situ, kami terserempak dengan seekor ular tedung yang agak besar di tengah-tengah jalan dan dengan sedikit terkejut, Manpal memberhentikan keretanya untuk menyaksikan kelibat ular itu. Ular itu menyusur ke tepi jalan dan masuk ke dalam longkang. 


~lebih kurang macam ni saiz ular yang kami jumpa, tapi yg ni bukanlah ular tuu..

Uh, kami pun berpatah balik lalu aku pun terfikir untuk hubungi seorang teman dan bertanya tentang arah lokasi tujuan kami. Katanya cari Perumahan Desa
 Rejang, Kolej UTM kat situ. Kami pun kembali bersemangat untuk sampai ke Kolej UTM dan mencari Desa Rejang dengan menggunakan GPS Manpal. Selepas tersalah masuk jalan beberapa kali dan bertanya penduduk-penduduk di sekitar kawasan Setapak, Alhamdulillah tepat jam 2.30pg kami tiba di pintu pagar kolej UTM. 

Dengan perasaan lega, aku keluar dari kereta dan meminta izin Pak Guard untuk masuk dan mengambil barang dari teman Jogja tersebut. Terkejut saya apabila Pak Guard tidak benarkan saya masuk kerna masa lawatan sudah tamat sambil menunjukkan jadual lawatan untuk kolej itu. Saya pun menghubungi teman jogja saya itu dan bertanya bisa ke dibawa barangnya ke pintu pagar. Dibilangnya gak
 bisa kerna barangnya berat dan blok mereka jauh dari pintu depan. Aku cuba lagi berbincang dengan lembut dengan Pak Guard supaya membenarkan aku masuk dengan mengemukakan beberapa sebab yang kukuh tetapi malangnya Pak Guard itu menganjing aku. Fuh! sabar je.. Aku pun beristighfar beberapa kali dan mengucapkan terima kasih kepada Pak Guard lalu masuk semula ke dalam kereta. Aku pun menghubungi semula teman jogja itu untuk menceritakan kondisiku. Katanya Insya'allah dia bisa bawa barang2 tersebut ke Johor. Alhamdulillah..

"Manpal, x de rezeki ah tapi insya'allah diorang akan bawak barang tu ke johor.."kataku sedikit kecewa.

"So, skrg balik serdang ah kn?"balas Manpal.

"Ya, maaflah menyusahkan anta.."jawabku dengan rasa bersalah.

"Tak pe, ana tak kisah..Kita kan sahabat fillah.." balasnya lagi.

Alhamdulillah bersyukurnya aku dikurniakan nikmat ukhuwwah yang kurasakan sangat berharga. Kami pun mulakan perjalanan untuk pulang ke tempat menginap kami. Aku pun mencari Serdang dalam GPS untuk mendapat sedikit bantuan tunjuk arah. Sedang ana menaip Serdang dlm hp Manpal, Ana rasa pelik semacam..

"Man, kenapa tiba2 enjin mati?" kataku.

"Tak tau lah, eh! tak boleh hidup balik ah.."balas Manpal sedikit cemas. Ketika itu, munzir tersedar dari tidurnya. Astaghfirullah, satu lagi ujian Allah beri. Aku melihat keadaan sekeliling, yg kelihatan cuma semak samun dan beberapa bengkel yang tutup. Aku melihat jam dalam kereta, oh! sudah pukul 3 pagi. Kami pun keluar dan menolak kereta ke kawasan tepi bengkel atas cadangan Manpal kerana kawasannya lapang sikit. Enjin cuba dihidupkan lagi, tetapi gagal. Setelah mencuba selama beberapa minit tapi tak berjaya,

"Oklah, kita tunggu kat sini dulu lah..enjin x boleh hidup, rasanya spark plug dh rosak" kata Manpal.

"Ok2, mungkin ni ujian Allah untuk kita malam ni..Jom makan nasi dulu,"balasku selamba.

"Sempat lagi nak fikir pasal makan, berat nanang.. Tapi, apa boleh buat, jomlah.." jawab Munzir.

Kami yang kebetulan membawa nasi berlebihan daripada program tadi mengambil makanan tersebut. Kami membuka pintu di tengah kegelapan malam lalu masing
-masing mula khusyu' makan nasi dan daging paprik dengan penuh berselera sambil memikirkan segala kemungkinan yg akan brlaku pd kami.

Lihat wahai manusia, betapa Allah sangat menyayangi hambaNya, dalam apa jua keadaan nikmatNya pasti bersama kita..Cuma kita je yang menyedarinya atau pun tidak.

Selepas usai membaca doa selepas makan, dengan 'full energy' Manpal cuba menghidupkan enjin sekali lagi. Huh! hamapa..enjin tetap tak hidup. Kami beristighfar dan cuba memikirkan apa solusi yang ada. Ana dan Munzir pun cuba menolak kereta dan Manpal cuba hidupkan enjin. Selepas menolak sejauh lebih
 kurang 50 meter, tetap tidak berjaya. Kami pun berhenti di hadapan 'traffic light'. Kereta-kereta kesemuanya melepasi kami sambil melihat kami seperti menyaksikan satu drama. Kami hanya senyum sahaja kepada mereka. 

Beberapa ketika selepas itu, datang sebuah kereta kenari merah yang dipandu seorang lelaki berhenti di belakang kereta kami. Iyalah, lampu merah dan kami menghalang jalan. Manpal pun ambil kesempatan untuk meminta tolong pada lelaki dalam kereta tersebut. Lelaki itu 'park' kereta dia dan keluar untuk membantu kami. Selepas berbual, oh! oghe kelate rupanya.. Dia pun membantu kami. Kami menolak dan dia duduk dalam kereta untuk menghidupkan enjin. Entah macamane dia buat, tetiba enjin hidup! Ketika itu, hanya ucapan
 Alhamdulillah yang mampu terucap di bibir kami. Abang itu keluar dan dengan relaks berkata,"dah ok, caranya macam ni..." Dia menjelaskan macamane nak berurusan dengan masalah macam ni kerna dia juga pernah ada Proton Tiara sebelum ni. Kami mengangguk tanda faham, ilmu baru buat kami. Kami pun mengucapkan terima kasih pada abang itu dan memberinya minum. Abang itu pun berlalu pergi.

Kami pun meneruskan perjalanan kami dalam keadaan lega dan syukur. Seminit selepas itu,  kelihatan dua motor, dua-duanya di lorong tepi kami, di hadapan
 antara kereta kami. Manpal yang memandu sedikit laju cuba untuk memotong motor tersebut tetapi tiba-tiba memperlahankan kereta secara drastik kerana dua motor tersebut merapat antara satu sama lain, menyebabkan tiad ruang untuk memotong. Secara kebetulan, depan kereta kami ada 'bump'. Jadi, kereta yang kami naiki itu melalui bump secara agak keras. Kami terkejut bila terdengar bunyi 'kraakkk, dumm,dumm...'.Manpal memberhentikan kereta dan kami melihat ke belakang hampir serentak. Kelihatan satu objek berada 20 meter di belakang kami...

Manpal segera keluar dan menuju ke arah objek tersebut lalu mengambilnya. Dia memeriksa kereta dan hmm... Dia menyimpan objek tersebut dan masuk semula ke dalam kereta.

"Astaghfirullah, satu lagi ujian.. lampu depan sebelah kanan tercabut." keluh Manpal

Astaghfirullah, sahutku dan munzir serentak.. Kami pun meneruskan perjalanan pulang dan Alhamdulillah selamt sampai ke tempat menginap kami lebih kurang jam 4 pagi.

~Inilah kereta kesayangan Manpal yg tercabut lampunya..

**Ini kisah benar, cuma ada sikit je dialog yg lain skit sebab tak ingt sgt..

Pengajaran utama:
Sebenarnya peristiwa ini sangat sesuai untuk dikaitkan dengan hidup kita. Dalam kita menuju suatu matlamat, pasti akan adanya pelbagai ujian dan cabaran di sepanjang perjalanan kita. Boleh jadi ujian yang menimpa itu suatu yang diduga ataupun tidak. Jadi, sentiasalah bersedia menghadapinya dengan bekal iman dan amal. Kebergantungan pada Allah sangat penting! 

Dalam hidup juga, pasti adanya insan2 yang lemah dan memerlukan pertolongan. Jadilah kita da'ie yang sentiasa berlapang dada dan memberi bimbingan kepada mereka yang 'memerlukn' dalam apa keadaan sekalipun.

Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.Jadi, seharusnya kita bersyukuratas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.

Lain-lain pengajaran:
1) Janganlah hidup berhambakan teknologi
2)Malu bertanya sesat jalan

(*maaflah post ni panjang skit. iyalah ganti dh lama x wat post..)

WASSALAM
"Sebaik-baik manusia ialah yang bermanfaat pada orang lain"

4 comments:

Muhammad said...

Subhanallah.. Hikmah di sebaliknya.. Mungkin antum ada sesuatu untuk dikenang bersama seumur hidup.. Maklumlah LKD last...

Ps. Ana pun ada pengalaman peribadi juga masa on d way balik LKD. Tgh fikir, nak kongsi kat blog k tak..? o_o

+akufobia+ said...

mencari hikmah dari setiap musibah.lalala.

Akhi Muiz said...
This comment has been removed by the author.
Akhi Muiz said...

kalau enjin kerete manpal x leh stat dlm kaw bandar. van ana mati enjin atas bukit tgh2 hutan.... haha! read my latest post....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails