Saturday, February 6, 2010

Kemabaraku bakal bermula!

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, atas rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan.. Sekarang ni ana tengah mengikuti program Road To Jawa IV.

Setelah 2minggu program indoor(1-13jan), 4 hari outdoor(14-17) dan 3 minggu bertungkus lumus mencari dana(18jan-5feb), Insya'Allah Ahad ni(7 Februari), 45 peserta akan berangkat ke Jakarta bagi memantapkan keperibadian diri ini, mengutip mutiara-mutiara PENGALAMAN serta merasai kesusahan saudara seagama di sana.. Moga pemergian diri ini bersama ikhwah akhawat yang lain mendatangkan keinsafan bagi kami, meningkatkan keimanan kami dan membangkitkan 'hammasah'(semangat) kami untuk terus menerus menyebarkan kalimah agung dan suci ini yakni 'laailaahaillallah' tanpa henti kerana kami ingin menjadi generasi pewaris ummah, Insya'Allah.. Pengembaraan kami bermula 7februari sehingga 28februari2010..

"Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami atas kelemahan dan kefaqiiran diri kami.. Betapa Engkau tetap memberikan nikmat kepada kami sedangkan kami terus menerus melakukan dosa terhadapMu.. Sesungguhnya engkaulah Yang MahaKuasa yang mengetahui apa yang lebih baik bagi diri kami di dunia ini walaupun kami merasakan ianya buruk buat kami.. Oleh itu, Kau tetapkanlah segala yang terbaik buat kami.. Ya Allah, kami mengharapkan agar pengembaraan kami ini sentiasa diiringi redhaMu kerana tanpa redhaMu, semua ini sia-sia.. Ya Allah, dunia ini penuh dengan onak dan cabaran.. Perkuatkanlah diri kami agar kami mampu mengharungiNya dan tetap berada di atas jalanMu sehingga roh kami terpisah dengan jasad.."
[Ameen..]

"Sinaran cahaya yang ditunggu-tunggu itu pasti kembali menerangi segenap pelusuk dunia.."

gambar akan dipost lambat skit(internet problem..)
Wassalam..

Wednesday, February 3, 2010

Isu kalimah Allah

Bismillahirrahmanirrahim..
Untuk post kali ni, ana nak bawa satu isu yang sedang hangat diperkatakan atau yang sedang 'panas'... Sebagai umat Islam, kita seharusnya peka akan isu ini dan kita kaji dan telitikan perkara ini dengan lebih mendalam agar kita jelas akan implikasi keputusan yang telah di ambil mahkamah dan kerajaan Malaysia.

Pelbagai pendapat telah beredar dan ada yang bersetuju dan tidak. Ada yang mengatakan ia berkemungkinan merupakan fitnah politik yang di cetuskan untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat. Ada yang menyahut positif keputusan ini dengan hanya menilai kesan jangka pendek dari sudut keterbukaan non-muslim terhadap kalimah ALLAH yang begitu asing bagi mereka.

Namun begitu, apa yang lebih penting adalah bagaimana kita perlu melihat isu ini daripada sudut yang lebih besar dan menilai satu persatu persoalan yang timbul dengan matlamat;

1. Menjaga kesucian nama Islam

2. Mempertahankan Aqidah umat Islam di Malaysia (Baik sekarang atau masa hadapan)

3. Mendekatkan non-Muslim kepada Islam

4. Tuntutan terhadap perkara lain yang sensitif. Ini salah satu daripada kejutan yang ada

Kita harus pelajari apa yang telah terjadi di negara jiran kita Indonesia yang sudah biasa dengan penggunaan kalimah ALLAH dan lain-lain kalimah suci Islam. Dan apakah impak terhadap generasi mudah Islam sekarang ? Dari sudut kefahaman Islam, media massa, filem-filem dan muzik ? Penyebaran buku-buku dan risalah kerana perkara ini kemungkinan akan terus membiak kepada perkara lain.

Dengan kadar usaha Kristianisasi yang semakin giat dan melihat kes-kes pemurtadan yang makin tinggi di Malaysia, adakah pembaca semakin selesa ? Ayo kita fikirkan.. RESPON?

(diolah daripada http://dakwah.info/content-category-mainmenu-2/berita-islam/463-isu-kalimah-allah-antara-penjelasan)


Monday, February 1, 2010

Alhamdulillah..

Bismillahirrahmanirrahim.. bibir ini hanya mampu mengucap kalimah 'alhamdulillah' kerana Allah masih memberi peluang bagi diriku untuk meneruskan hidup bagi menambahkan amal yang terasa terlalu sedikit ini.. Kenapa bagi sahabat2 lain dilihat seperti banyak sahaja masa untuk update blog masing-masing tp bagi diri ini, sangat sukar untuk mencari kelapangan untuk menyemarakkan blog ini yang sekejap update, sekejap tak.. Bak kata orang, tak istiqamah..

Apapun, alhamdulillah kerana walaupun zaman persekolahan telah berakhir, masih berpeluang untuk mengisi masa cuti ini dengan pelbagai program berfaedah bagi membekalkan diri yang faqiir ini dengan bekalan2 bagi menghadapi 'dunia sebenar'..
sebab diri sentiasa risau memikirkan adakah mampu untuk tetap teguh berdiri dan tsabat di atas jalanNya.. Ayo kita amalkan doa ini, mudah-mudahan Allah golongkan kita bersama hambaNya yang soleh..

DOA RABITHAH
"Sesungguhnya engkau tahu bahawa hati ini telah berpadu berhimpun dlm naungan cintaMu, bertemu dalam ketaatan, bersatu dalm perjuangan, menegakkan syariat dalam kehidupan..
Kuatkanlah ikatannya, tegakkanlah cintanya tunjukilah jalan-jalannya..
terangilah dengan cahayaMu yang tiada pernah padam, Ya Rabbi..bimbinglah kami
Lapangkanlah dada kami dengan karunia iman dan indahnya tawakkal padaMu,
Hidupkan dgn makrifatMu, matikan dalam syahid di jalanMu, engkaulah pelindung dan pembela..


Nak tau tak? Ada satu cara yang Insya'Allah akan membentengi diri kita daripada terjerumus ke lembah kemaksiatan! Iaitu dengan istiqamah dalam USROH! Jom berusroh!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails