Assalamualaikum..
Alhamdulillah berkesempatan jugak akhirnya untuk bersihkan habuk2 tebal kat blog ni, alhamdulillah x bersin.. pertamanya, Syukur pada Rabb kerana berikan daku peluang untuk terus hidup mengabdikan diri padaNya serta beri peluang untuk terus berblog..
7 bulan dalam 2009 dh berlalu, banyak pengalaman baru yang ana dapat.. Alhamdulillah sekarang ni lega sikit..
- Ping-pong dah habis (walaupun x brape berjaya..menang bergu je)
- Debat UIA 24-30Julai (Alhamdulillah, juara!)
- Debat Musleh 9-12Julai (Alhamdulillah, naib juara..)
- Pilihanraya pun dah habis(14Julai09-*hari lahir ana,hehe..)jd, MPP pun dah tukar kepimpinan baru.. Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab, adik2.. Kuatkan semangat dan bulatkan tekad!
Alhamdulillah, banyaknya pengalaman dan nikmat yang Allah kurniakan, belum dikira nikmat2 lain lagi; boleh bernafas, bercakap, bergerak dan banyak lagi ah, kalau nak senaraikan, habis 'cramp' tangan..
teringat satu citer dlm usrah gabungan pg td yang cukup menarik untuk dikongsikan, cerita 'rama2 dan bunga';
Jadi, dalam hidup ini, jangan terlalu mengharapkan sesuatu yang kita pinta dan sedih bila tidak memperolehnya kerana mungkin Allah akan berikan yang lebih baik pada masa hadapan kita sepertimana citer tadi.. Yang penting, usaha dan doa.. Sentiasalah optimis dalam hidup ini dan anggaplah segala perkara dalam hidup ni sebagai pengajaran sebab itulah seharusnya sikap muslim sukses!
Ya Allah
Betapa pemurahnya Engkau
Sentiasa mendengar rintihan hamba-hambaMu
Memberikan yang terbaik pada mereka yang berdoa padaMu
Di kala diri dilanda kesedihan
kau turunkan hujan sebagai rezeki dan penenang jiwa
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam
AKU YAKIN!
Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau
dan Nabi Muhammad itu RasulMu
Betapa pemurahnya Engkau
Sentiasa mendengar rintihan hamba-hambaMu
Memberikan yang terbaik pada mereka yang berdoa padaMu
Di kala diri dilanda kesedihan
kau turunkan hujan sebagai rezeki dan penenang jiwa
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam
AKU YAKIN!
Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau
dan Nabi Muhammad itu RasulMu
ok, kembali ke pangkal jalan, lepas ni, nak kena fokus belajar! SPM dah dekat.. penentu kerjaya masa depan.. baru-baru ni pun, periksa semester dapat 8A je.. pelajaran pun dah banyak kena tinggal.. *teringat kata-kata Ustazah Norimah(guru Physics) dalam kelas, " Sekarang ni, cukup-cukuplah dengan kokurikulum, dah banyak sangat dah..fokus belajar pulak, kan nanti kecundang pelajaran, macamane?" dengan matanya memandang ana, aduh! terasa.. Sebenarnya, awal tahun dulu, rancangnya nak habiskan sukan, lepas tu fokus belajar.. Tapi, apakan daya.. kita merancang, Allah pun merancang dan perancangan Allah itu yang terbaik..

Insya'Allah, moga segala amal kita mendapat redhaNya.. Itulah manisnya usrah..
Sekian untuk kali ni..
Yakinlah Islam pasti kembali tertegak di muka bumi ini" dan yakinlah 'ISLAM ITU TINGGI TIADA YANG LEBIH TINGGI"
- Dakwah nombor satu, akademik bukan nombor dua-
~shoutulqalbu92~
WASSALAM..
(maaf atas segala kekurangan.. harap dapat komen sbg muhasabah..)