Video Imbauan Kenangan G11 SMIH(2)
Sunday, April 25, 2010
~Detik Terakhir Di SMIH~
Video Imbauan Kenangan G11 SMIH(2)
Saturday, February 6, 2010
Kemabaraku bakal bermula!

Setelah 2minggu program indoor(1-13jan), 4 hari outdoor(14-17) dan 3 minggu bertungkus lumus mencari dana(18jan-5feb), Insya'Allah Ahad ni(7 Februari), 45 peserta akan berangkat ke Jakarta bagi memantapkan keperibadian diri ini, mengutip mutiara-mutiara PENGALAMAN serta merasai kesusahan saudara seagama di sana.. Moga pemergian diri ini bersama ikhwah akhawat yang lain mendatangkan keinsafan bagi kami, meningkatkan keimanan kami dan membangkitkan 'hammasah'(semangat) kami untuk terus menerus menyebarkan kalimah agung dan suci ini yakni 'laailaahaillallah' tanpa henti kerana kami ingin menjadi generasi pewaris ummah, Insya'Allah.. Pengembaraan kami bermula 7februari sehingga 28februari2010..Wassalam..
Wednesday, February 3, 2010
Isu kalimah Allah
Pelbagai pendapat telah beredar dan ada yang bersetuju dan tidak. Ada yang mengatakan ia berkemungkinan merupakan fitnah politik yang di cetuskan untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat. Ada yang menyahut positif keputusan ini dengan hanya menilai kesan jangka pendek dari sudut keterbukaan non-muslim terhadap kalimah ALLAH yang begitu asing bagi mereka.
Namun begitu, apa yang lebih penting adalah bagaimana kita perlu melihat isu ini daripada sudut yang lebih besar dan menilai satu persatu persoalan yang timbul dengan matlamat;
1. Menjaga kesucian nama Islam
2. Mempertahankan Aqidah umat Islam di Malaysia (Baik sekarang atau masa hadapan)
3. Mendekatkan non-Muslim kepada Islam
4. Tuntutan terhadap perkara lain yang sensitif. Ini salah satu daripada kejutan yang ada
Kita harus pelajari apa yang telah terjadi di negara jiran kita Indonesia yang sudah biasa dengan penggunaan kalimah ALLAH dan lain-lain kalimah suci Islam. Dan apakah impak terhadap generasi mudah Islam sekarang ? Dari sudut kefahaman Islam, media massa, filem-filem dan muzik ? Penyebaran buku-buku dan risalah kerana perkara ini kemungkinan akan terus membiak kepada perkara lain.
Dengan kadar usaha Kristianisasi yang semakin giat dan melihat kes-kes pemurtadan yang makin tinggi di Malaysia, adakah pembaca semakin selesa ? Ayo kita fikirkan.. RESPON?
(diolah daripada http://dakwah.info/content-category-mainmenu-2/berita-islam/463-isu-kalimah-allah-antara-penjelasan)
Monday, February 1, 2010
Alhamdulillah..
Apapun, alhamdulillah kerana walaupun zaman persekolahan telah berakhir, masih berpeluang untuk mengisi masa cuti ini dengan pelbagai program berfaedah bagi membekalkan diri yang faqiir ini dengan bekalan2 bagi menghadapi 'dunia sebenar'.. sebab diri sentiasa risau memikirkan adakah mampu untuk tetap teguh berdiri dan tsabat di atas jalanNya.. Ayo kita amalkan doa ini, mudah-mudahan Allah golongkan kita bersama hambaNya yang soleh..
Kuatkanlah ikatannya, tegakkanlah cintanya tunjukilah jalan-jalannya..
terangilah dengan cahayaMu yang tiada pernah padam, Ya Rabbi..bimbinglah kami
Lapangkanlah dada kami dengan karunia iman dan indahnya tawakkal padaMu,
Hidupkan dgn makrifatMu, matikan dalam syahid di jalanMu, engkaulah pelindung dan pembela..
Nak tau tak? Ada satu cara yang Insya'Allah akan membentengi diri kita daripada terjerumus ke lembah kemaksiatan! Iaitu dengan istiqamah dalam USROH! Jom berusroh!
Thursday, December 31, 2009
akhirnya, jumpa pun pembersih vakuum!
Sunday, October 11, 2009
SPM menghampiriku..
Adakah diriku sudah bersedia??
Itu bukan persoalannya, yang penting!
USAHA+USAHA+USAHA+DOA & TAWAKKAL!
Kerana kejayaan itu hanyalah milik Allah, kita hanya berusaha..
Dalam mengecapi sesuatu kejayaan, pastikan agar kebergantungan kepada Rabb itu yang diutamakan kerana sehebat manapun kita, kalau Allah tak izinkan kita berjaya, maka kita tidak akan berjaya..
Oleh itu, berimanlah dengan firman Allah:
" Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah pada Allah.."
(Al-Imran:159)
Doakan diriku 13A+.. AMEEN
Dalam kerisauan menghadapi peperiksaan, muhasabah diri dengan ungkapan ini..
"ramai manusia risau dengan persediaan peperiksaan.. tapi berapa ramai risau dengan persediaan untuk menghadapi mati??"
Sama-samalah kita berdoa agar segala yang kita lakukan mendapat redhaNya dan tergolong dalam golongan yang mendapat naungan Allah di hari kemudian..
"Sesungguhnya menuntut ilmu itu satu ibadah dan satu daripada cabang jihad.. jika ianya dilakukan ikhlas kerana Allah.."
Jadi, ayuhlah kita rebut kelebihan ini..
+ mohon maaf kepada semua andai ada salah dan silap +
"Al-islamu ya'lu wala yu'la alaih"
~WASSALAM~
(blog direhatkan untuk fokus SPM..^_^)
Tuesday, September 22, 2009
Ilalliqa' Ramadan! Ahlan SYAWAL!
Eh! terasa sekejap sahaja Ramadan dah habis.. Moga tarbiyyah Ramadan menjadikan qalbu kita suci dan menyuntik semangat baru untuk terus menerus istiqamah dalam amalan dan menjadi mukmin yang bermanfaat pada orang lain.. Selamat bercuti selama 11 bulan RAMADAN! *mudah-mudahan menjadi rezeki kita untuk bertemu tetamu agung ini semula..
Kini, 4 Syawal 1430H.. alhamdulillah, dapat sambut aidilfitri bersama keluarga besar di kampung untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan mempersatukan hati.. seperti tajuk khutbah raya di kampung ana, Bagan, Batu Pahat yang bertajuk "AIDILFITRI MEMPERKUKUH KESATUAN UMMAH".. Moga syawal pada kali ini dapat mencapai natijah yang sepatutnya.. Akhirnya, rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan..

sebulan Ramadan.. Selamat meneruskan perjuangan di 11 bulan mendatang
dalam jihad besar (melawan hawa nafsu..)

* Dalam beramal, lawanlah nafsu dan ikutlah shoutul qalbu(suara hati) mu yang menginginkan kebaikan..
"Perbaikilah dirimu dan serulah orang lain"
Saturday, August 22, 2009
Ramadan kita dan mereka??
[RAMADAN KINI & RAMADAN ZAMAN RASULULLAH]
munsyid: The Zikr
Ramadhan...
Satu nasib tak serupa
peluangnya sama
natijah berbeza
Ramadhan mereka...gemilang cemerlang
Mukmin berjasa di awal zaman
Ramadhan kami...malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman
Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu
malam mereka meriah disimbah nur Al-Qur'an
Tapi malam kami muram berkabung dengkur
Mereka berlumba mengejar makrifat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa
Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga
............
Detik Ramadan kembali...
Aku rasakan bahagia menyelubungi..
Di ramadan rahmatmu ku rasa..
ku banyakkan beribadah..
ku tahu pengampunanmu melangit tinggi..
Semalam..ketika jam tanganku tepat jam 7.14mlm,
Azan berkumandang..
Tiba-tiba terasa satu ketenangan dan kedamaian meresap ke dalam diri..
Ku pun membuat sujud syukur,
Ya Allah, betapa bersyukurnya aku,
Alhamdulillah kau pertemukanku kembali dengan Ramadan..
Penghulu segala bulan,
Bulan rahmat,
bulan maghfirah,
bulan barokah..
Ku harap Ramadan kali ini jadi sangat bermakna buat diriku,
buat semua pelajar Sek.Men.Islam Hidayah,
Juga buat semua muslimin..
Ku harap agar Ramadan ini menjadi titik tolak untuk berubah..
mengikis segala karat-karat jahiliah dalam diriku,
Memberatkan timbangan kebaikanku untuk mengecapi syurgaMu yg kekal abadi,
Mohon maaf kepada semua andai selama ini tersalah bicara..
kerana sabda nabi s.a.w:
"Binasalah sesiapa yang berpeluang memasuki ramadan, dosanya masih belum diampunkan.."
(Janganlah kita tergolong dalam golongan ini..)
------------------------------------------------------------------------------------------
menyerap ke dalam setiap insan.."
RAMADAN KAREEM !
^_^
Sunday, August 16, 2009
Ayuh, Pasang Niat!
Jom pasang niat.. siapkan diri, moga ramadan kali ini mampu menjadikan kita lebih bertaqwa!
Firman Allah:
" Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kalian berpuasa sepertimana yang diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa"
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN MUBARAK!
Thursday, August 6, 2009
Kafirin merancang, Kita macamana?
Wilder yang merupakan anggota parlimen Belanda ini mengatakan bahwa filemnya kali ini akan menjadikan Israel sebagai pusat setting dan cerita. Ia mengatakannya kepada Haaretz, harian terbesar di Israel.
Seperti diketahui, Wilders sebelumnya telah membuat filem “Fitna” yang panjangnya 14 minit dan dilihat oleh jutaan orang di seluruh dunia. Isi filem itu berisi hujatan fitnah terhadap Islam dan Wilders sendiri kemudian dikecam dan dikutuk oleh dunia antarabangsa. Dia dilarang untuk masuk ke Inggeris, dan ia dikatakan “Ancaman paling fundamental dalam masyarakat.”
Wilders dikenal sebagai orang yang anti-imigran dan ia sudah mengerjakan “Fitna” edisi II sejak April dulu. Ia mengatakan bahwa dalam filem berikutnya akan menggambarkan Islamisasi di Barat.
“Demonstrasi melawan Israel bukan hanya sekadar territorial, dan dari sini, Israel adalah satu-satunya negara yang melawan Islam di Barat. Sekarang yang sedang dilawan adalah Israel, tapi mungkin kita lah yang berikutnya. Eropa harus berdiri mendukung Israel.” tegasnya.
Wilders rajin kempenkan Islamofobia di seluruh Eropa dan ia buta terhadap kekejaman Israel terhadap Palestina--------------------------------------------------------------------------------------------------
Jadi, apa tindakan kita? Adakah wajar kita duduk diam? Adakah kita wajar jumpa dan bunuh dia? Kalau bunuh, ada je orang lain yang boleh gantikan dia..

Musuh-musuh Islam rancak membuat perancangan bagi menjatuhkan Islam..
Satu-persatu mereka rencanakan..
Mereka nak pastikan kita lemah dan seterusnya hancur..
Tapi kita?
Apa yang kita buat?
Adakah kita nak biarkan begitu sahaja?
Pastinya tidak, kan?
Bersempena Ramadan yang hampir tiba..
Ayuh, kita bangkit dan bersiap siaga,
'Perbaikilah dirimu dan serulah orang lain'
Siapkan diri kita dengan iman dan taqwa di hati..
Letakkan matlamat perubahan yang kita inginkan daripada Ramadan kali ini..
Kita hayati dan amalkan segala ajaran Islam..
Kita jadikan Ramadan kali ini yang terbaik!
"Saat cahaya Islam kembali menyinari dunia ini pasti akan tiba!
Itu yang diriku optimis, yakin dan percaya!"
Yuk, kita berusaha ke arahnya!
Moga kita terus istiqamah di atas 'siratal mustaqim'Sunday, August 2, 2009
Ramadan dah dekat, jom bersiap!
sekarang ni dah 11 Sya'ban.. x lama lg bulan yang kita nantikan bakal menjelma...
Jadi, macamana persediaan sekarang?? Rohani, fizikal dan mental...
Insya'Allah sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma, ada sikit perkongsian buat pembaca sekalian, mudah-mudahan buletin ini memberi manfaat dan 'ibrah buat kita semua..
Harap dapat..1. Copy buletin ni
2. Baca
3. Sebarkan ke rakan2 lain, tidak kira dengan 'softcopy' atau 'hardcopy'(dicetak)..
Semoga dengan sedikit perkongsian ini membantu kita semua siapkan diri untuk hadapi Ramadhan yang bakal tiba dan menjadikan Ramadhan kali ini yang terbaik dalam sejarah hidup kita serta mampu memberikan impak positif kepada hidup kita di masa mendatang.. Ameen.
WASSALAM
~Islam pasti kembali bersinar suatu hari nanti.. Ayuh siapkan diri dan orak langkah perjuangan..~
Yakinlah.. "ISLAM ITU TINGGI, TIADA YANG LEBIH TINGGI"
Saturday, August 1, 2009
Perjuangan belum selesai!
Kalau engkau melihat org sibuk memakmurkan (*teringat, ni mel ammar amin masa F3..)
Friday, July 31, 2009
Hidupku satu perjalanan..
Assalamualaikum..
Alhamdulillah berkesempatan jugak akhirnya untuk bersihkan habuk2 tebal kat blog ni, alhamdulillah x bersin.. pertamanya, Syukur pada Rabb kerana berikan daku peluang untuk terus hidup mengabdikan diri padaNya serta beri peluang untuk terus berblog..
7 bulan dalam 2009 dh berlalu, banyak pengalaman baru yang ana dapat.. Alhamdulillah sekarang ni lega sikit..
- Ping-pong dah habis (walaupun x brape berjaya..menang bergu je)
- Debat UIA 24-30Julai (Alhamdulillah, juara!)
- Debat Musleh 9-12Julai (Alhamdulillah, naib juara..)
- Pilihanraya pun dah habis(14Julai09-*hari lahir ana,hehe..)jd, MPP pun dah tukar kepimpinan baru.. Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab, adik2.. Kuatkan semangat dan bulatkan tekad!
Alhamdulillah, banyaknya pengalaman dan nikmat yang Allah kurniakan, belum dikira nikmat2 lain lagi; boleh bernafas, bercakap, bergerak dan banyak lagi ah, kalau nak senaraikan, habis 'cramp' tangan..
teringat satu citer dlm usrah gabungan pg td yang cukup menarik untuk dikongsikan, cerita 'rama2 dan bunga';
Jadi, dalam hidup ini, jangan terlalu mengharapkan sesuatu yang kita pinta dan sedih bila tidak memperolehnya kerana mungkin Allah akan berikan yang lebih baik pada masa hadapan kita sepertimana citer tadi.. Yang penting, usaha dan doa.. Sentiasalah optimis dalam hidup ini dan anggaplah segala perkara dalam hidup ni sebagai pengajaran sebab itulah seharusnya sikap muslim sukses!
Betapa pemurahnya Engkau
Sentiasa mendengar rintihan hamba-hambaMu
Memberikan yang terbaik pada mereka yang berdoa padaMu
Di kala diri dilanda kesedihan
kau turunkan hujan sebagai rezeki dan penenang jiwa
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam
AKU YAKIN!
Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau
dan Nabi Muhammad itu RasulMu
ok, kembali ke pangkal jalan, lepas ni, nak kena fokus belajar! SPM dah dekat.. penentu kerjaya masa depan.. baru-baru ni pun, periksa semester dapat 8A je.. pelajaran pun dah banyak kena tinggal.. *teringat kata-kata Ustazah Norimah(guru Physics) dalam kelas, " Sekarang ni, cukup-cukuplah dengan kokurikulum, dah banyak sangat dah..fokus belajar pulak, kan nanti kecundang pelajaran, macamane?" dengan matanya memandang ana, aduh! terasa.. Sebenarnya, awal tahun dulu, rancangnya nak habiskan sukan, lepas tu fokus belajar.. Tapi, apakan daya.. kita merancang, Allah pun merancang dan perancangan Allah itu yang terbaik..
Insya'Allah, moga segala amal kita mendapat redhaNya.. Itulah manisnya usrah..
Sekian untuk kali ni..
Yakinlah Islam pasti kembali tertegak di muka bumi ini" dan yakinlah 'ISLAM ITU TINGGI TIADA YANG LEBIH TINGGI"
- Dakwah nombor satu, akademik bukan nombor dua-
~shoutulqalbu92~
WASSALAM..
(maaf atas segala kekurangan.. harap dapat komen sbg muhasabah..)
Monday, June 8, 2009
Akad Nikah & Walimatul urus..
Alhamdulillah, semalam kakak ana selamat bernikah dan selesai walimatul urus..
Wednesday, June 3, 2009
Cogito Allah Sum
Kaifa halukum?
Bersyukur kepada Rabb kerana masih mengizinkan kita menyedut oksigen dan menikmati IMAN dan ISLAM..
Moga anda sentiasa berada di bawah petunjukNya..
Pernah tak seorang yang atheis bertanya pada kalian "Apakah bukti kebenaran Islam?"
Sekadar nak berkongsi, novel ini mengisahkan seorang remaja bernama Rayyan yang dilahirkan dalam keluarga yang kaya dan yang paling penting mempunyai ibu bapa yang begitu berpegang kuat kepada Islam tetapi sebagai anak, mengaku seorang ateis tanpa keraguan.
Bayangkan seorang anak yang disediakan keperluan secukupnya melakukan penghinaan sebegini malah berazam untuk turut menyesatkan kedua orang tuanya sendiri.
Pergaulannya dengan golongan yang materialistik, komunis dan falsafah barat memberikan kekuatan kepada dirinya untuk menafikan kewujudan Allah dan langsung untuk tidak mempercayai-Nya.Tidak mustahil zaman sekarang, dalam kalangan remaja di mana pemikiran mereka dimanipulasi barat sehinggakan kewujudan Allah dijadikan persoalan..
Diceritakan bagaimana dia semakin larut dengan fahamannya sehingga tahap menyebarkannya pada orang lain. Di sebalik itu, yang terjadi padanya sebenarnya, semakin jauh dia cuba meninggalkan Tuhan, semakin fikirannya berkecamuk dan hidup makin tak tenang.Dia menghadapi pelbagai konflik hidup sehingga satu tahap, hidupnya musnah.
Sesungguhnya benarlah hadith yang diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib, Rasulullah s.a.w bersabda:
Oleh itu, sebagai seorang yang sudah menerima hidayahNya, bersyukurlah kerana kita tidak menjalani hidup seperti Rayyan. Ana teringat nasihat naqib ana, "salah satu tanda kita bersyukur ialah kita implementasikan dalam bentuk amal ibadah" Jadi, jom tingkatkan potensi diri dalam beramal!
Bagi pembaca sekalian, janganlah berputus asa daripada rahmat Allah..
Adakah kita mahu biarkan masyarakat di luar sana makin jauh dengan Islam? Apa lagi, jom sampaikan Islam kepada orang lain agar kita sama-sama dapat rasai nikmatnya Islam..
Jadi, di hari cuti ini jagalah diri baik2, jangan kita semakin jauh dengan Allah kerna kita tak akan bahagia tanpaNya.. :-)
~WaSsALaM~
"Indahnya bila Islam itu di hati, bukannya di sisi"







