Sunday, August 14, 2011
berpindah~
Semanis ukhuwwah Islam~ http://zubayraizaini.blogspot.com/
Monday, July 11, 2011
Graduate! | Thursday | June 23, 2011 |
Friday, January 7, 2011
Tak semudah dikata
Alhamdulillah selesai menjalani minggu pertama dalam semester baru. Terasa sangat pantas masa berlalu. Apapun, syukur kerana berpeluang bersua kembali dengan sahabat2 seperjuangan. Melihat wajah-wajah mereka, subhanallah! terpancar semangat mereka yang seperti tidak pernah lelah dalam berjuang~ Melihat pula wajah-wajah mutarobbi, terpancar keceriaan dapat kembali bersama.
Mengalihkan pandangan kepada sahabat2 lain; bila bersalaman dengan mereka, terpancar di sebalik wajah ceria mereka seperti sedang menanti adanya insan-insan yang akan datang membawa mereka keluar dari kepungan duniawi yang nyata sungguh melalaikan dan tidak meberikan kebahagiaan,malah memenatkan. Tertunduk. Besar bebanan yang harus dipikul. Apatah lagi bila berada di perantauan nanti.
Bebanan ini tidak akan mampu dipikul melainkan dengan dibekali sujud dan tafakkur di waktu tahujjud dan bekalan kekuatan dalam amal fardi harian. Ternyata bukan mudah untuk bangkit setiap malam merendahkan diri dan bermunajat padaNya, tapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk bangkit dan merasa kesal dan sedih sekiranya tidak dapat bangkit..perlu mujahadah~
Kerana Rasulullah dan para sahabat sendiri pada awalnya diwajibkan untuk bangun malam setiap hari selama setahun..disebabkan amalan ini ternyata mampu melahirkan rijal2 yg tangguh pendiriannya dan sentiasa bersemangat seperti mereka! Subhanallah! Di waktu tahajjud inilah terdapat ketenangan dan kekhusyukan~ Benar, tak semudah dikata..
Alhamdulillah, jadual sem ni walaupun lebih padat daripada sem lepas, tapi taklah sepadat kawan2 yg amik engineering~ Perlu mengurus masa dengan lebih efektif lagi kerana bila mengintrospeksi diri sejenak, Astaghfirullah.. terasa sangat banyak masa dalam kehidupan selama ini yang tidak dimanfaatkan dengan baik.
Sangat mudah untuk kita melafazkan kata "kita kena jadi muslim yang sejati", "fulltime muslim", "muslim yang dalam setiap saat kehidupannya diserahkan bulat-bulat kepada Allah kerana itulah tujuan kita dihidupkan di dunia ini" dan macam-macam lagi tapi hakikatnya untuk melaksanakannya bukan mudah. Dalam hidup kita sahaja, adakah dimulai dengan memuji Allah? adakah benar setiap perbuatan kita seiring dengan niat yang ikhlas dan dimulakan dengan kalimah bismillah? Adakah setiap unit tenaga kita dimanfaatkan untuk Islam?? Astaghfirullah..benar, tak semudah dikata..
Walaubagaimanapun, jangan risau..InsyaAllah yakinlah Allah Maha Penyayang terhadap hambaNya. Kita hanya berusaha meningkatkan diri dan mengharap dgn doa padaNya..~ Moga Allah sentiasa beri kekuatan pada kita semua(termasuk diri ini yg faqiir) untuk terus istiqamah dan hammasah dalam amal..
Al-Islamu ya'lu wala yu'la 'alaih