Sunday, April 25, 2010

~Detik Terakhir Di SMIH~

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaykum semua..

Alhamdulillah atas berkat doa kalian penulis diberikan kekuatan untuk membuat post. Uh! terasa lama tak menaip.Maklumlah,sedikit sibuk.. Maaf, perkongsian R2J4 dan Kembara sarawak belum sempat kongsi.Nantikan kemunculan buku catatan pengembaraan(tapi tak hantar lg karya,huhu..sori ARO n Amin) Apapun, baru pulang dari program terakhir di bawah tarbiyyah sekolah, "Detik Terakhir di SMIH".

Terasa terlalu pantas masa berlalu, dgn dulu tidak mengerti macam2 perkara namun sekarang banyak ilmu yang dah diperoleh. Syukron pada semua asatizah yang boleh kata seolah-olah dalam kamus hidup mereka tiada perkataan 'lelah' dan 'jemu'..Fuhh!Hebat pengorbanan mereka. Kalian asatizah terbaik! Alhamdulillah, lebih kurang 60 orang yg hadir(>50%).. Ada slot perkongsian daripada alumni2 senior SMIH dan slot2 lain sebagai bekalan untuk berpindah ke alam universiti..Maaf, tak ada gambar nak di'upload', yang ada cuma gambar2 lama dan video kenangan yang ditayangkan malam semalam.. Pasti tak akan ku lupakan segala kenangan bersama teman2 dan guru..Uhibbukum fillah!!

Video Imbauan Kenangan G11 SMIH(1)
Video Imbauan Kenangan G11 SMIH(2)


^ Kem Tahfiz F2
^ Kem Tahfiz F2
^masa F2, jaga mukhayyam tahun 4
Usroh F1 (dari kiri: abbas,zubayr,akh zayd, ahmad,azzam)

^Usroh F1(baris depan dari kiri:haneef,akh zayd,syafiq,penulis)
(baris belakang dari kiri:azzam,ahmad,abbas)

*lambat nak letak gmbr2 lain..asiff..

Satu pesanan dari murobbi penulis " Sebelum ini dunia ini dipegang oleh guru2 di SMIH, tetapi sekarang kami serahkan dunia ini kepada kalian semula.. If'aluu ma shi'ta! Tapi ingat apa yang kalian belajar di SMIH ini, manfaatkannya.."

Moga kita apabila dicampak ke laut akan menjadi pulau dan apabila dicampak ke daratan akan menjadi gunung..

Sekian,WASSALAM..
"Cahaya Islam pasti menyinari seluruh pelusuk alam"
'Al-Islamu ya'lu wala yu'la alaih'

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails